PPP ESEI

|
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
 16 views
of 7

Please download to get full document.

View again

Description
cc
Share
Transcript
    INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN ( AMBILAN JUN 2016 SEMESTER 2 ) PENGANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL ( GPP1063 ) DISEDIAKAN OLEH: NAMA: NURUL HANANIA FARISHA BINTI AZIS NO KAD PENGENALAN: 980619-01-5326 ANGKA GILIRAN: 2016192310145 KELAS: C7 NAMA PENSYARAH: PUAN AISHAH BINTI ABDUL GHANI TAJUK TUGASAN: PENULISAN AKADEMIK TARIKH PENYERAHAN TUGASAN: 27 MAC 2017  1.0 PENGHARGAAN  Assalammualaikum w.b.t Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus saya yang telah diusahakan selama ini. Kerja kursus ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja kursus individu. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu saya sepanjang saya menyiapkan projek folio saya ini. Pertama sekali kepada Puan Aishah binti Abdul Ghani selaku pensyarah GPP1063 kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat. Sekalung penghargaan untuk para pensyarah kerana memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama sama berhempas pulas dalam menyempurnakan tugasan masing masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai kerja kursus ini amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan maklumat kepada saya tidak akan saya lupakan.  Akhir sekali, terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang kerja kursus saya dijalankan.  2.0 PENDAHULUAN Secara umumnya, guru didefinisikan sebagai pendidik atau pengajar anak-anak melalui pendidikan formal, pendidikan dasar serta pendidikan menengah. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, guru bermaksud pengajar, pendidik, atau pengasuh. Dalam konteks pendidikan, seorang guru merupakan pembimbing dalam proses pembelajaran pelajar. Mok Soon Sang (1990) pula mendefinisikan guru sebagai seorang ahli masyarakat yang mempunyai perhubungan sosial yang saling berkait rapat dengan masyarakat. Guru merupakan tenaga pengajar dalam bidang perguruan dan dipertanggungjawabkan untuk mendidik para pelajar di sekolah. Guru sebenarnya merupakan sumber kepada keberkesanan sesuatu bidang pendidikan. Walaupun sesuatu sistem pendidikan itu baik, tetapi sekiranya agen yang menyampaikan itu tidak efektif maka maksud yang ingin disampaikan tidak akan tercapai matlamatnya. Kejayaan dan keberkesanan pendidikan adalah berkait rapat dengan kesedaran para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan keilmuan dan keluruhan peribadi. Kriteria-kriteria tersebut tidak boleh dielakkan dalam peribadi seseorang pendidik, sebaliknya perlu dijadikan contoh yang berkesan kepada masyarakat lain. Guru juga hendaklah mempamerkan sikap yang membawa contoh teladan termasuklah dari aspek pengajaran, pertuturan, pemakaian serta aspek non-verbal. Terdapat beberapa elemen dalam profesionalisme perguruan dan pembelajaran sepanjang hayat. Antaranya ialah pengetahuan mengenai mata pelajaran yang diajar dan penerapan unsur-unsur insaniah dalam diri seseorang guru. 3.0 ELEMEN PROFESIONALISME PERGURUAN Profesionalisme ialah sifat-sifat iaitu kemampuan, kemahiran dan cara pelaksanaan sesuatu perkara sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh seorang profesional. KBBI (1994) menyatakan bahawa perkataan profesionalisme berasal daripada kata dasar profesion dan memerlukan kepandaian khusus untuk menjalankannya. Oleh itu, profesionalisme adalah tingkah laku, kepakaran atau kualiti daripada seseorang yang profesional.   Awang Had Salleh (1980), beliau memperihalkan bahawa perguruan adalah lebih mirip kepada pekerjaan berbanding profesion. Mok Soon Sang (1996) pula telah menjelaskan konsep profesionalisme dalam kalangan guru sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan perguruan yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, berakauntabiliti dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.  Aspek perguruan akan dianggap sebagai sesuatu yang profesien apabila seseorang guru tersebut berkemahiran dan berpengetahuan terhadap mata pelajaran yang diajar. Menurut Shulman (1987), antara pengetahuan yang perlu dikuasai oleh seseorang guru adaalah termasuk pengetahuan mengenai isi kandungan mata pelajaran, pedagogi asas seperti prinsip dan strategi pengurusan bilik darjah serta sukatan pelajaran yang merangkumi silibus-silibus dalam buku teks, panduan pembelajaran dan bahan bantu mengajar untuk mata pelajaran yang diajar kepada murid-murid. Pengetahuan ini dikatakan unik bagi profesion keguruan dan merupakan satu kefahaman yang profesional. (Lilia & Abdullah, 1999). Guru-guu juga perlulah mengetahui dan memahami sepenuhnya akan tujuan, nilai, falsafah dan sejarah pendidikan. Dengan mengarifi aspek-aspek tersebut, guru akan mampu menghayati proses pengajaran yang dijalankan. Guru akan dapat memastikan bahawa sesuatu proses pengajaran beliau akan dilaksanakan sehingga matlamat dan objektif bagi sesorang murid akan dapat dicapai. Sebelum seseorang guru ditauliahkan, beliau perlulah menerima latihan keguruan yang mendalam. Contohnya seperti pelatih-pelatih guru di Institut Pendidikan Guru. Di sana, mereka akan diterapkan pengetahuan yang khusus mengenai sesuatu mata pelajaran, kandungan pedagogi. Oleh hal yang demikian, guru-guru boleh mengajar topik yang spesifik dengan mendalam tanpa sebarang masalah. Di samping itu, seseorang guru yang profesional perlulah mempunyai kemahiran pengetahuan mengenai pelajar-pelajarnya. Guru juga wajib mengetahui tahap kemahiran setiap muridnya, khusunya tahap pencapaian dalam bidang akademik. Melalui cara ini, guru akan dapat mengambil inisiatifnya yang tersendiri dalam memajukan dan meningkatkan prestasi pembelajaran bagi setiap murid, terutamanya bagi yang menghadapi masalah dalam prestasi pelajaran. Tamsilannya, seorang guru boleh memberikan pendekatan pengajaran ataupun tugasan yang sesuai dengan tahap intelektual seseorang murid tersebut. Pendekatan sebegini biasanya beraya dalam meningkatkan prestasi murid tersebut. Hal ini kerana, guru telah menilai pemahaman setiap muridnya serta membuat refleksi pengajaran dan seterusnya menambahbaik kaedah pengajaran beliau. Selain itu, guru yang profesional
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks
Detective Conan: Zero the Enforcer... | The.Walking.Dead.S08.E13.GERMAN.AC3D.5.1.DL.720p.WEB-DL.x264-PRETAiL | Misión: Imposible – Repercusión (2018) IMAX WEB-DL 1080p Audio Latino-Ingles